Wednesday, December 9, 2015

KETAM NIPAH PENAWAR DEMAM DENGGI TERBAIK

Rawatan Alternatif Demam Denggi: Khasiat Ketam Nipah & Peningkatan Kadar Platelet
Khasiat Ketam Nipah Vs Demam Denggi Pembawa Maut


Gigitan Nyamuk Aedes adalah Virus Denggi !

➥ Khasiat Ketam Nipah ni sebenarnya ramai orang masih tidak ketahui....sampai lah ke hari ini...

➥ Ketam Nipah sejenis hidupan laut yang rendah kalorinya (dikatakan hanya mengandungi sekitar 85-90 setiap 100g kalori (bergantung kepada jenis ketam).

 Ketam Nipah terbukti boleh merawat penyakit demam denggi berdasarkan respon-respon  yang sangat tinggi dan sangat positif daripada pesakit demam tersebut.

➥ Ketam Nipah adalah penawar demam denggi terbaik yang sangat mujarab dan 100% mampu pulihkan denggi hanya dalam masa 24 jam dengan izin ALLAH S.W.T...insya-ALLAH ! Disertakan juga dengan DOA ye.

Antara khasiat lain Ketam Nipah adalah seperti berikut:-

  • Ketam jenis ini tidak mengandungi lemak yang berbahaya
  • Ketam Nipah mengandungi lemak tidak tepu yang dianggap sangat baik untuk jantung yang sihat
  • Ketam ini juga terkandung sumber semulajadi Omega 3 yang mana dapat membantu meningkatkan daya ingatan, mengurangkan serangan sakit jantung, mengurangkan risiko kanser dan juga membantu mengurangkan kemurungan dan kebimbangan.
  • Ketam Nipah sangat kaya dengan Vitamin penting seperti Vitamin A, C dan B termasuk B12 serta kaya juga dengan zat Mineral seperti Zink.
  • Ketam Nipah juga mempunyai beberapa kromium yang dianggap sebagai mineral berguna jika anda mempunyai rintangan insulin kerana ianya boleh meningkatkan  kadar metabolisme gula dalam darah.
  • Pendek kata, Ketam Nipah mengandungi sejenis protein tinggi yang dapat membantu pembinaan semula platelet darah yang hilang akibat virus Denggi.



Nyamuk Aedes sangat bahaya!


Selain itu, Ketam Nipah juga berupaya mengubati pelbagai penyakit berikut:-

  • Demam Denggi
  • Demam Chikukunya
  • Semput
  • Lumpuh
  • Patah Tulang
  • Buasir
  • Barah 
  • Leukimea 
  • Kencing Tikus 
  • H1N1
  • Penyakit yang dibawa oleh nyamuk
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

NOTA PENTINGBERMINAT NAK DAPATKAN KETAM NIPAH DI SEKITAR K.LUMPUR ? UNTUK DENGGI ? UNTUK MAKAN DENGAN FAMILY ? UNTUK BERKELAH ? 
BOLEH DAPATKAN CONTACT NUMBER DI RUANGAN ATAS SEKALI BLOG NI. CER TENGOK & WHATSAPP TERUS! CALL PUN BOLEH. 
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KETAM NIPAH HALAL DIMAKAN : MAJLIS FATWA

Ramai yang masih sangsi akan halal & haram Ketam Nipah ini untuk dimakan. Majlis Fatwa menerusi laman webnya E-Fatwa telah beberapa kali memperjelaskan bahawa Ketam Nipah adalah halal dan Ketam Nipah ini bukanlah jenis haiwan dua alam. Sebenarnya ramai yang keliru antara Ketam Mipah dan Ketam BATU yang memang benar hidup dua alam.

Untuk itu biarlah kita lihat keterangan yang lebih sahih akan hal ini agar tidak lagi timbul lagi was-was kepada umat Islam. Oleh itu Encik Ketam telah mencari dua artikel berkaitan hal ini di lama web E-Fatwa. Walaupun hal ini telah lama diputuskan, namun, kekangan teknologi maklumat pada masa itu mungkin membantutkan edaran maklumat penting sebegini. 

Sebelum terlupa, Encik Ketam sangat suka makan Ketam Nipah Masak Lemak Cili Api, pehhhh terangkat punye lah! Fuhh..layaannnnn.... :)


HALAL MEMAKAN KETAM NIPAH - MAJLIS FATWA KEBANGSAAN

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-26 yang bersidang pada 7-8 Mar 1990 telah membincangkan tentang Hukum Menternak Binatang Dua alam. 

Muzakarah telah memutuskan bahawa:- 

i. Perusahaan menternak ketam nipah untuk tujuan eksport adalah harus kerana ia bukan binatang dualam.

ii.Perusahaan menternak katak untuk tujuan eksport adalah khilaf ulama'; 
a. Menurut jumhur ulama', perusahaan menternak katak untuk tujuan eksport adalah haram kerana ia adalah binatang dualam. 

b. Menurut Mazhab Maliki, perusahaan menternak katak untuk tujuan eksport adalah harus Keterangan/Hujah: Mengikut istilah sains, haiwan dualam ini ada dua kategori iaitu reptilia dan amfibia yang mempunyai sistem pernafasan paru-paru. Edaran hidupnya sebahagian di dalam air dan sebahagian lagi di darat seperti katak, penyu, labi-labi, buaya dan seumpamanya. 

Ketam nipah pula bukanlah daripada jenis reptilia dan amfibia, tetapi ia adalah dari jenis rustasia iaitu sama golongan dengan udang dan kerang. Keseluruhan edaran hidupnya adalah di dalam air dan mempunyai sistem pernafasan melalui insang dan bukan paru-paru. Ia bernafas menggunakan oksigen dalam air sebagai pelarut. 

Oleh itu dari segi hukum ketam nipah ialah binatang yang boleh dimakan. Kehidupan ketam nipah di darat hanya dalam tempoh masa yang singkat sahaja iaitu lebih kurang dua tiga hari, kerana dalam insangnya mempunyai satu ruang pintu yang boleh ditutup dan mengandungi sedikit air. Ia menggunakan air tersebut untuk pernafasan dan sekiranya air itu kering ia akan mati. Katak adalah sejenis binatang dualam yang hidup di air dan juga di darat. Menurut Mazhab Syafie, tiap-tiap binatang yang hidup dua alam adalah haram dimakan. 

(Sumber Dipetik : Laman Web E-Fatwa)

Berikut, Encik Ketam menyelitkan dua link website E-Fatwa untuk tatapan tuan-puan



=====================================================================================

PENTING ! ! !
Sila beri perhatian..

Kalau nak disenaraikan kebaikan Krabby Fatty ni (Ketam Nipah la..huhuhu) ia mengandungi seribu kebaikan antaranya sumber vitamin A, C dan B termasuk B12 serta mineral seperti zink malah tidak mengandungi lemak merbahaya.
Ketam Nipah juga dianggap sebagai mineral berguna jika kita mempunyai rintangan insulin, kerana ia boleh meningkatkan kadar metabolisme gula dalam darah.
Pendek kata, Ketam Nipah ni mengandungi sejenis protein tinggi yang dapat membantu pembinaan semula platelet darah yang hilang akibat virus denggi.
Ini kerana pesakit demam denggi akan mengalami sindrom penurunan platelet yang ketara dalam tempoh beberapa hari selepas dijangkiti virus tersebut dan dalam kes denggi berdarah, platelet mungkin akan jatuh ke tahap paling minimum, yang akhirnya membawa maut kepada pesakit ! 

Jadi, Apa kaitannya dengan Sup Ketam Nipah?
➥ Pengambilan Sup Ketam Nipah akan menyebabkan platelet darah pesakit naik mendadak dan sekali gus menyembuhkan mereka dengan kadar yang sangat cepat.

➥ Keberkesanan rawatan menggunakan Ketam Nipah sebagai terapi oral iaitu dimasak sebagai sup amat menakjubkan kerana pesakit demam Denggi yang makan isi dan supnya sekaligus sebanyak satu mangkuk besar antara 500ml hingga 1 liter akan mengalami peningkatan kadar platelet yang agak mendadak dalam masa relatif singkat, iaitu cuma antara 5 hingga 8 jam sahaja dan pesakit akan pulih 99.9 % dalam tempoh tersebut.
➥ Ketam yang terbaik adalah Ketam Nipah yang cengkerangnya berwarna kehitaman dan oren di bahagian bawah perutnya. Walau bagaimanapun, lain-lain jenis ketam yang boleh dimakan juga berkhasiat untuk tujuan ini.

==========================================================================
Okeylah, Aunty Crab dah nak masuk ke dapur. Beberapa ekor Ketam Nipah segar sudah pun bergelimpangan di depan Aunty Crab. Seeloknya Sup Ketam yang kita buat, kita rebuskan sekali cengkerangnya kerana ia juga mengandungi khasiat yang tinggi. Cuma apa yang penting pastikan Kak Kiyah kita tuu mencuci Ketam Nipah ini sebersih-bersihnya ye. Kalau nak berselawat pun lagi bagus.
Hmm…kalau sudah masak Sup Ketam tu, apa lagi sediakan nasi panas. Sup Ketam panas bukan sahaja boleh menaikkan selera si pesakit malah yang sihat pun boleh berkongsi hirup. Tunggu apa lagi.  Moh lerrr ke dapur.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

NOTA PENTING: BERMINAT NAK DAPATKAN KETAM NIPAH DI SEKITAR K.LUMPUR ? UNTUK DENGGI ? UNTUK MAKAN DENGAN FAMILY ? UNTUK BERKELAH ? 
BOLEH DAPATKAN CONTACT NUMBER DI RUANGAN ATAS SEKALI BLOG NI. CER TENGOK & WHATSAPP TERUS! CALL PUN BOLEH. 
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

~ 1001 Tentang Ketam Nipah ~



Ketam Nipah adalah sejenis haiwan laut dari jenis "KRUSTACEA" iaitu bercengkerang seperti udang. Ketam Nipah juga dikenali sebagai Ketam Bakau atau Ketam Lumpur (Mud Crab). Nama saintifiknya pula adalah SCYLLA SERRATA (sedap namanya dan sedap juga apabila dimakan).

Habitat Ketam jenis ini adalah membiak dan hidup di sekitar kawasan paya bakau yang berlumpur. Ketam Nipah membiak secara bertelur. Ketam ini boleh membesar sehingga 4 kg beratnya seekor ! Woww! Dan Ketam ini adalah daripada spesies "carnivor' atau ganas. Ggrrrrrrrr....

Habitat Ketam Nipah


Ketam Nipah/ Bakau yang sedang matang telur mempunyai harga yang lebih tinggi dibandingkan dengan yang lain. Ketam sebelum diikat perlu diletakkan ke dalam air bersih buat seketika. Setelah itu Ketam Nipah/ Bakau baru diikat kakinya dengan tali raffia kemudian dimasukkan ke dalam tong atau tempat lainnya yang diberi alas bawah dan penutup atasnya dari kain basah sebagai pelembab.

Pasaran Ketam Nipah/bakau setakat ini tidak ada masalah. Bahkan permintaan tempatan belum cukup & sangat laku. Mengenai harganya pula pada umumnya bergantung dimana ia dipasarkan dan bergantung juga kepada permintaan serta keupayaan mendapatkannya di pasaran. Yang pasti ia tidak dijual di pasar-pasar raya. Boleh dikatakan sangat susah untuk mendapatkannya. Orang sekitar Kuala Lumpur sebenarnya sangat beruntung kerana ada sorang tauke Ketam Nipah, ni nama & no.fon beliau, En.Nik: 016-9064528 (WhatsApp/ Call) yang sanggup membuat khidmat komuniti secara "Delivery" ke tempat anda. Yang menariknya anda ada 2 pilihan. Mentah ada, yang siap masak pun ada. Woww!! Orang kena denggi, atau yang nak makan dengan femli kat rumah, untuk pegi picnic ke kat PD, memang sesuai sangatlah kalau nak dapatkan servis dengan beliau. Trusted seller gituuu. 

Harga pula biasa antara RM20 - RM25 seekor. Beli banyak sure lagi murah. Dengan size 2-3 ekor per kg, dalam purata 400g seekor.Besar bebb, confirm puas hati.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Ketam jenis ni hanya boleh hidup dalam air payau dan juga masin. Ia teramat sensitive dengan air hujan. Itu sebab kedalaman air kolam hendaklah sekurang2nya 3 kaki dalam. Cos kalau cetek, bila hujan 3 hari berturut2, air kolam dengan cepat akan berubah menjadi tawar. Satu lagi,kitaran air kolam hendaklah diambil kira juga. Sebaik2nya, pastikan air sungai sentiasa kuar masuk ke dalam kolam bagi tujuan pembersihan, cos air yang kotor boleh menyebabkan ketam2 tersebut mudah dijangkiti bakteria. Tambahan lagi, proses penyalinan kulit hanya akan berlaku sekiranya air kolam benar2 bersih!!!..

Lazimnya sepit ketam jantan adalah lebih besar dari saiz badannya...
Ketam Nipah Jantan

Ia berbeza pula dengan ketam betina…yang mana ketam betina ni,saiz badannya lebih besar dari sepit…

Ketam Nipah Betina

Di bawah ini ditunjukkan perbezaan diantara Ketam Nipah dengan Ketam batu...

Ketam Batu HARAM dimakan kerana hidup lama di darat, tiada kaki pendayung seperti Ketam Nipah @ Ketam Nyior.

Bento/Bito ialah istilah atau gelaran tempatan di kampung untuk bubu yang direka khas untuk menjerat Ketam Nipah - Scylla Serrata (Mud Crab @ Mangrove Crab). Tidak pasti pula apa gelaran untuk bubu ini di tempat lain.
Bento


Untuk menyediakan Bento ini, umpan perlulah disediakan terlebih dahulu. Umpan paling popular atau power yang digunakan untuk menjerat Ketam Nipah ialah kepala ayam. Kepala ayam digunakan kerana ia amat mudah didapati. Hanya perlu pergi ke pasar dan meminta sedikit kepala ayam untuk dijadikan umpan kepada peniaga ayam. Permintaan kita pasti tertunai dan peniaga ayam akan memberikan secara percuma sahaja kerana kepala ayam ini selalunya dibuang begitu sahaja.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KHASIAT KETAM NIPAH UNTUK DEMAM DENGGI

Selama ini para saintis dunia perubatan moden masih gagal menemui ubat atau vaksin yang mujarab untuk menentang virus denggi. Ini menyebabkan ramai orang menjadi mangsa dan tidak kurang juga yang mati akibat serangan denggi. Salah satu sebabnya kerana kurangnya kesedaran mengenai gejala-gejala (simptoms) awal serangan denggi menyebabkan sesetengah orang lewat mendapatkan rawatan di hospital.

Namun, penemuan sejak hampir dua tahun yang lalu mengenai penawar melawan demam denggi sepatutnya membuka mata para saintis mahu pun penyelidik kita untuk membuat kajian mendalam mengenai khasiat ketam (crab) untuk dijadikan penawar melawan denggi.

Kajian ringkas didapati ketam mengandungi sejenis protein yang tinggi, yang dapat membantu pembinaan semula platelet darah yang hilang akibat virus denggi. Ini kerana pesakit demam denggi akan mengalami sindrom penurunan platelet yang ketara dalam tempoh beberapa hari selepas dijangkiti virus tersebut dan dalam kes denggi berdarah, platelet mungkin akan jatuh ke tahap paling minima, yang akhirnya membawa maut kepada pesakit.

Pengambilan Sup Ketam akan menyebabkan platelet pesakit naik mendadak dan sekali gus menyembuhkan mereka dengan kadar yang sangat cepat. Keberkesanan rawatan menggunakan ketam sebagai terapi oral (dimasak sebagai sup semata-mata) amat menakjubkan kerana pesakit demam denggi yang meminum dan memakan (isi dan kuahnya) satu mangkuk besar sup ketam (500ml hingga 1 liter) akan mengalami peningkatan kadar platelet yang mendadak dalam masa relatif singkat, iaitu cuma antara 5 hingga 8 jam sahaja dan pesakit akan pulih 99.9 % dalam tempoh tersebut.

Ketam yang terbaik untuk tujuan ini adalah ketam nipah yang cengkerangnya berwarna kehitaman dan oren di bahagian bawah perutnya. Walau bagaimanapun, lain-lain jenis ketam yang boleh dimakan juga berkhasiat untuk tujuan ini.

Malah proses pemulihannya amat pantas berbanding rawatan semasa yang diterima oleh pesakit di hospital kerana pesakit pasca demam tidak perlu lagi memakan multivite atau pun magnesium pill untuk recovery tenaga dan staminanya, juga tidak perlu mengambil masa 2-3 minggu untuk kembali bertenaga seperti sedia kala. Juga paling menarik apabila pesakit yang mengalami simptoms awal denggi tidak perlu untuk ke hospital sekiranya mereka mengambil sup ketam sebaik sahaja menyedari tanda-tanda diserang denggi.

Sehingga kini observasi didapati tidak kurang daripada 20 orang kenalan yang telah diserang denggi telah sembuh sepenuhnya dalam masa 5 hingga 8 jam selepas memakan sup ketam. Malah pengalaman saya sendiri juga amat mengkagumkan di mana saya telah pulih 100% dalam masa 7 atau 8 jam sahaja ketika diserang gejala demam denggi pada Mei 2006 lalu.

Berdasarkan kadar kesembuhan ke atas pesakit demam denggi yang mengambil sup ketam adalah hampir 100%, maka saya berpendapat bahawa ianya bukanlah suatu “kebetulan” semata-mata tetapi merupakan sesuatu yang pasti bahawa ketam merupakan penawar yang paling mujarab untuk merawat denggi. 



-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

NOTA PENTINGBERMINAT NAK DAPATKAN KETAM NIPAH DI SEKITAR K.LUMPUR ? UNTUK DENGGI ? UNTUK MAKAN DENGAN FAMILY ? UNTUK BERKELAH ? 
BOLEH DAPATKAN CONTACT NUMBER DI RUANGAN ATAS SEKALI BLOG NI. CER TENGOK & WHATSAPP TERUS! CALL PUN BOLEH. 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------